Saturday, October 18, 2008

Bengang dan Bangang.

Apa beza bengang dan bangang?
Orang yang bangang selalu membuatkan orang lain jadi bengang.
Orang yang bengang selalu buat kerja-kerja yang bangang.
Jadi, beza antara bengang dan bangang ni lebih kurang je...

Tetapi orang yang Bangang ni memang bangang dan orang yang bangang ni jadi bangang sebab dia bengang. Orang bengang ni jadi bangang sebab dia buat kerja-kerja yang bangang.
Bila anda bengang, maka anda akan jadi bangang. Dan bila anda bangang, anda akan mula membengangkan diri anda sebab stress bila dapat tahu diri anda tu BANGANG!
Pandai-pandai lah tangani situasi sebegini kerana ia akan memberi kesan kat orang lain. Maka, orang di sekeliling anda akan bengang dengan anda disebabkan ke'bangang'an anda tu.
Bila orang lain mula bengang dengan anda, anda akan mula bengang dengan mereka juga. Maka, bila tercetus pergaduhan, semua jadi BANGANG!

Sebab mereka bergaduh dan apabila mereka mulakan pergaduhan yang bangang tu, sama lah seperti mereka membuat kerja bangang yang membengankan. Bila ianya membengangkan, ia akan mambuatkan anda menjadi bangang sebangang-bangangnye. Bila menjadi bangang semuanya, orang akan mula bengang dengan anda dan tercetus la pergaduhan seperti yang aku cakap tadi. Jadi, semuanya BANGANG! Maka berakhirlah pergaduhan mereka dalam keadaan yang bangang dan membengankan orang lain. Nampak tak apa yang aku nak cakap? Yang bengang itu bangang dan yang bangang itu bengang! Faham ye pembaca semua.

Sekarang ianya memberi kesan dekat aku pulak. Dalam kasyikan aku menaip tentang bangang dan bengang ni, aku pulak yang bengang tanpa sebab. Aku kena back to normal dengan segera supaya aku tidak ke tahap seterusnya, iaitu, MENJADI BANGANG akibat kebengangan aku sekarang ni!

Chow chin chow!



-Hidayah


-aku dalam keadaan ok saja... haha..

1 comment:

Anonymous said...

halo....5A....congrate